5 Lokasi Taman Tema Air Menarik Yang Korang Tak Tahu!

Bila dah nak masuk musim cuti sekolah, inilah antara soalan yang akan ditanya oleh anak-anak. Penat juga nak fikir untuk anak-anak dapat meluangkan masa dan melepaskan penat ketika cuti sekolah ni kan? Nak pergi bercuti jauh-jauh, bajet pula tak banyak sangat. Jadi, salah satu inisiatif yang baik adalah untuk bawa anak-anak ke taman tema air!

1. WET WORLD WATER PARK, SHAH ALAM

Wet World Water Park, Shah Alam juga dikenali sebagai taman tema air pertama mesra alam di Malaysia. Permainan tarikan utama di sini ialah Monsoon Buster Adventure iaitu gelongsor air sepanjang 205 meter. Selain Super Hurricane iaitu gelung gelongsor air gergasi yang pertama seumpamanya di Malaysia. Memang tak sah kalau tak bawa anak-anak beriadah di sini.

Harga Tiket Masuk

RM25 Dewasa

RM20 Kanak-kanak

2. TAMAN TEMA GOLD COAST MORIB RESORT

Terletak di salah sebuah lokasi yang menarik iaitu berdekatan dengan Pantai Morib, bukan sahaja boleh beriadah di taman tema air, anda juga boleh menikmati panorama yang indah di kawasan sekitarnya. Tak salah kalau bawa anak-anak datang menginap di resort ini walaupun hanya satu malam sahaja!

HARGA TIKET MASUK
RM 25 Dewasa

RM 15 Kanak-kanak

3. TAMAN TEMA AIR BUKIT GAMBANG RESORT

Merupakan sebuah taman teman yang terbesar di pantai timur, Taman Tema Air Bukit Gambang yang terletak di Kuantan ini pasti dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung. Di sini terdapat Coco Beach iaitu pantai buatan manusia seluas 1 km selain segmen kanak-kanak Pulau Penguin dan lima jenis gelongsor air untuk dicuba. Menarik!

HARGA TIKET MASUK
RM 32 Dewasa

RM 22 Kanak-kanak

4.BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT WATERPARK

 

Menjadi salah satu taman tema yang popular di Malaysia, Bukit Merah Laketown Resort Waterpark sudah menjadi lokasi wajib bagi ibubapa untuk bawa anak beriadah ketika cuti sekolah. Bukan taman tema air sahaja, kalau anda mempunyai masa yang lebih panjang, tak salah juga untuk tidur di resortnya dan berpeluang untuk melawat Pulau Orang Utan!

HARGA TIKET MASUK
RM 54 Dewasa

RM 40 Kanak-kanak

5. LOST WORLD OF TAMBUN

Taman tema air yang disebut ramai sudah pastilah Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh, Perak. Menjadi antara tarikan yang terbaharu, taman tema ini pasti akan menjadi kegemaran seisi keluarga. Antara yang menjadi pilihan ramai adalah Adventure River, Sandy Bay dan Tube Raiders. Jom bawa seisi keluarga ke sini!

The post 5 Lokasi Taman Tema Air Menarik Yang Korang Tak Tahu! appeared first on Apakes.

Sumber : www.apakes.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*